CLJ Bulletin, Issue 2013, Vol 23 07 June 2013 Print this page |
CIVIL PROCEDURE: Judicial review - Application for leave - Extension of time to apply for leave - Whether an exercise of judicial discretion - Whether going to jurisdiction - Duty of trial judge - Whether not to consider merits of case when hearing application for extension of time - Rules of the High Court 1980, O. 53 r. 3(6) - Rules of Court 2012, O. 53 r. 3(6), (7)
WONG KIN HOONG & ANOR v. KETUA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR & ANOR
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
RAUS SHARIF PCA; ABDULL HAMID EMBONG FCJ; AHMAD MAAROP FCJ; HASAN LAH FCJ; ZALEHA ZAHARI FCJ
[CIVIL APPEAL NO: 01-1-01/2012]
20 MAY 2013
[2013] CLJ JT(2)
Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, the second respondent in this case, had sought to build a Carbon-In-Leach plant near Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang to process old gold mine tailings using cyanide, and to that end had submitted an Environmental Impact Assessment report ('EIA report') to the first respondent, the authority responsible for enforcing the provisions of the Environmental Quality Act 1974 ('EQA'). On 13 January 1997, the first respondent approved the EIA report. On 21 March 2008, the appellants, the residents of Kampung Bukit Koman, being dissatisfied with the approval and alleging that the plant would violate s. 34A of the EQA, applied to the High Court under O. 53 r. 3 Rules of the High Court 1980 ('RHC') for leave to apply for judicial review to quash the first respondent's decision of 13 January 1997, and for an extension of time to file the application. The leave application was however dismissed by the High Court for reasons that the appellants, having filed the application more than 11 years after the impugned decision was made, and more than one year after it was communicated to them, were guilty of inordinate delay. It was the view of the learned judge that there was no good reason to extend the 40-day time frame prescribed by O. 53 r. 3 for filing the leave application, and in any case that, since the application for leave goes to jurisdiction, there was no need for her to consider the merits of the case when hearing the application for extension of time. The appellants appealed to the Court of Appeal and being unsuccessful thereat appealed further. Before the learned justices of the apex court herein, the appellants inter alia argued that: (i) based on the majority decision in the Court of Appeal case of Tang Kwor Ham & Ors v. Pengurusan Danaharta Nasional & Ors ('Tang Kwor Ham'), the trial judge below ought to consider the merits of the case when considering the appellants' application for extension of time for leave to commence judicial review; and (ii) the authorities of the Federal Court in Mersing Omnibus Co Sdn Bhd v. Minister of Labour and Manpower ('Mersing Omnibus') and Ravindran v. Malaysian Examinations Council ('Ravindran'), which precluded examination of the merits of the case in such applications, were bad law and ought to be overruled. The respondents retorted that Mersing Omnibus and Ravindran are still good law, and in any case that reliance on Tang Kwor Ham is misconceived as that case was not concerned with the issue of extension for time nor consideration of merits at the leave stage.
Held (dismissing appeal)
Per Raus Sharif PCA delivering the judgment of the court:
(1) The procedure relating to the filing of a judicial review application is set out in O. 53 RHC. An application for judicial review is a two-stage process, ie, the leave application and should leave be granted the hearing of the substantive application arguments on its merits. (para 14)
(2) Prior to the amendment to the RHC in 2000, the provisions relating to applications for leave for judicial review was O. 53 r. 1A. By the amendment made in 2000, O. 53 r. 1A was deleted and replaced by O. 53 r. 3(6). The same provision was adopted in the Rules of Court 2012 under which the time frame to apply for judicial review was extended from 40 days to three months. (paras 15-17)
(3) The applicable provision in the present case was O. 53 r. 3(6) of the RHC. It follows that the application for leave must be made within 40 days from the date when the grounds of application first arose or when the decision was first communicated to the appellants. Be that as it may, a common factor in the relevant provisions was that an application for leave for judicial review must be made promptly, and that the court may, upon application, and if it considers there is good reason for doing so, extend it. Thus, whether an extension of time ought to be granted or not is an exercise of judicial discretion. (paras 18 & 19)
(4) With respect, this court is unable to agree with the proposition made by Gopal Sri Ram JCA in Tang Kwor Ham. The principal issue in Tang Kwor Ham was the jurisdiction to secure an injunction against Danaharta by way of judicial review. However, the Federal Court in Pengurusan Danaharta Nasional Bhd v. Tang Kwor Ham & Ors and Another Appeal had reversed the majority decision of the Court of Appeal, and upheld the decision of the High Court in refusing to grant leave. The remarks of Gopal Sri Ram JCA in Tang Kwor Ham ("the only circumstance in which a court may, on a leave application, undertake a closer scrutiny of the merits of the case is on an application for extension of time to apply for judicial review"... etc) were also made obiter. The remarks reflect an incorrect proposition of law as there was a complete absence of discussion or reference to the Federal Court decisions in Mersing Omnibus and Ravindran. (paras 28 & 29)
(5) The principle in Mersing Omnibus and Ravindran is still good law. Whilst it is true that both Mersing Omnibus and Ravindran were decided under the old O. 53 r. 1A of the RHC, the principle in relation to an application to extend time to file an application for judicial review remains the same. (para 29)
(6) The time frame in applying for judicial review prescribed by the Rules is fundamental. It goes to jurisdiction and once the trial judge had rejected the explanation for the delay for extension of time to apply for judicial review, the court no longer has the jurisdiction to hear the application for leave for judicial review. Whether the application has merits or not is irrelevant. (para 30)
Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes
Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, responden kedua dalam kes ini, berhasrat untuk membina sebuah kilang Carbon-in-Leach bagi memproses bijih-bijih lombong emas lama di Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang dan untuk itu telah mengemukakan satu laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling ('laporan EIA') kepada responden pertama, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ('EQA'). Pada 13 Januari 1997, responden pertama telah meluluskan laporan EIA. Pada 21 Mac 2008, perayu-perayu, penduduk-penduduk Kampung Bukit Koman, yang tidak berpuashati dengan kelulusan dan mendakwa bahawa kilang akan melanggari s. 34A EQA, memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di bawah A. 53 k. 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ('KMT') untuk memohon semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan responden pertama bertarikh 13 Januari 1997, dan untuk lanjutan masa bagi memfailkan permohonan. Permohonan kebenaran bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan bahawa perayu-perayu telah melakukan kelengahan yang melampau apabila memfailkan permohonan tersebut lebih dari 11 tahun setelah keputusan dibuat, dan lebih dari satu tahun setelah keputusan diberitahu kepada mereka. Mengikut yang arif hakim, tidak terdapat apa-apa alasan kukuh untuk melanjutkan tempoh masa 40 hari bagi pemfailan permohonan kebenaran seperti yang ditetapkan oleh A. 53 k. 3, dan walau apapun, oleh kerana permohonan untuk kebenaran menjurus kepada bidangkuasa, maka tiada keperluan untuk beliau menimbang merit kes semasa mendengar permohonan lanjutan masa. Perayu-perayu merayu ke Mahkamah Rayuan dan setelah gagal membuat rayuan seterusnya. Di hadapan yang arif hakim-hakim mahkamah tertinggi di sini, perayu-perayu antara lain berhujah: (i) bahawa berdasarkan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan di dalam kes Tang Kwor Ham & Ors v. Pengurusan Danaharta Nasional & Ors ('Tang Kwor Ham'), hakim bicara di bawah sepatutnya menimbang merit kes bilamana mendengar permohonan perayu-perayu untuk lanjutan masa bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman; dan (ii) autoriti Mahkamah Persekutuan di dalam Mersing Omnibus Co Sdn Bhd v. Minister of Labour and Manpower ('Mersing Omnibus') dan Ravindran v. Malaysian Examinations Council ('Ravindran'), yang menolak pemeriksaan merit kes dalam permohonan-permohonan sebegini, bukan lagi merupakan undang-undang yang dipakai dan kerana itu harus ditolak. Responden-responden membalas bahawa Mersing Omnibus dan Ravindran masih merupakan undang-undang terpakai, dan walau apapun kebergantungan kepada Tang Kwor Ham adalah salah kerana kes tersebut tidak berkait dengan isu lanjutan masa atau pertimbangan merit di peringkat permohonan kebenaran.
Diputuskan (menolak rayuan)
Oleh Raus Sharif PMR menyampaikan penghakiman mahkamah:
(1) Prosedur mengenai pemfailan permohonan untuk semakan kehakiman diperuntukkan oleh A. 53 KMT. Permohonan untuk semakan kehakiman adalah satu proses dua peringkat, iaitu bermula dengan permohonan kebenaran dan jika kebenaran diberi, pendengaran hujah-hujah permohonan substantif di atas merit.
(2) Sebelum pindaan kepada KMT pada tahun 2000, peruntukan berkaitan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman adalah A. 53 k. 1A. Melalui pindaan pada tahun 2000, A. 53 k. 1A telah dimansuh dan diganti dengan A. 53 k. 3(6). Peruntukan sama telah diterimapakai oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana jangka masa bagi memohon semakan kehakiman telah dilanjutkan dari 40 hari ke tiga bulan.
(3) Peruntukan yang terpakai dalam kes ini adalah A. 53 r. 3(6) KMT. Ianya mengikut bahawa permohonan untuk kebenaran hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari dari tarikh di mana alasan-alasan permohonan mula berbangkit atau dari keputusan disampaikan kepada perayu-perayu. Apapun, satu ciri am yang terdapat pada semua peruntukan-peruntukan relevan adalah bahawa permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman mestilah dibuat dengan segera, dan mahkamah boleh, atas permohoan dan jika merasakan ada alasan baik untuk berbuat demikian, melanjutkan masa. Oleh itu, sama ada lanjutan masa dibenarkan ataupun tidak adalah perkara pelaksanaan budibicara kehakiman.
(4) Dengan hormat, mahkamah ini tidak bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh Gopal Sri Ram HMR di dalam Tang Kwor Ham. Isu utama di dalam Tang Kwor Ham adalah bidangkuasa untuk mendapatkan injunksi terhadap Danaharta melalui semakan kehakiman. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pengurusan Danaharta Nasional Berhad v. Tang Kwor Ham & Ors and Another Appeal telah mengakas keputusan majoriti Mahkamah Rayuan dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan memberi kebenaran. Kata-kata Gopal Sri Ram HMR di dalam Tang Kwor Ham ("satu-satunya keadaan di mana mahkamah, atas permohonan kebenaran, boleh melihat dengan lebih teliti kepada merit kes, adalah permohonan untuk lanjutan masa bagi memohon semakan kehakiman" ... dll) juga dibuat secara obiter. Kata-katanya itu mencerminkan satu saranan undang-undang yang salah kerana tiada apa-apa kupasan atau perbincangan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Mersing Omnibus dan Ravindran.
(5) Prinsip seperti yang dibentangkan di dalam Mersing Omnibus dan Ravindran masih merupakan undang-undang yang dipakai. Sementara memang benar bahawa Mersing Omnibus dan Ravindran telah diputuskan di bawah A. 53 k. 1A KMT yang lama, prinsip berhubung dengan permohonan untuk melanjutkan masa bagi pemfailan permohonan semakan kehakiman masih tetap sama.
(6) Jangka masa untuk memohon semakan kehakiman seperti yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah adalah fundamental. Ia menjurus kepada bidangkuasa dan sebaik sahaja hakim bicara menolak penjelasan yang diberi atas kelewatan memohon lanjutan masa untuk memohon semakan kehakiman, mahkamah tidak lagi berbidangkuasa untuk mendengar permohonan kebenaran untuk memohon semakan kehakiman. Sama ada permohonan mempunyai merit atau sebaliknya adalah tidak relevan.
Case(s) referred to:
Mersing Omnibus Co Sdn Bhd v. The Minister Of Labour & Manpower & Anor [1983] 2 CLJ 7; [1983] CLJ (Rep) 266 FC (refd)
Pengurusan Danaharta Nasional Bhd v. Tang Kwor Ham & Ors and Another Appeal [2007] 4 CLJ 513 FC (refd)
Ratnam v. Cumarasamy & Anor [1964] 1 LNS 237 PC (refd)
Ravindran P Muthukrishnan v. Malaysian Examinations Council [1984] 1 CLJ 232; [1984] 1 CLJ (Rep) 320 FC (refd)
Tang Kwor Ham v. Pengurusan Danaharta Nasional [2006] 1 CLJ 927 CA (not foll)
Vasudevan Vazhappulli Raman v. T Damodaran PV Raman & Anor [1981] CLJ 84; [1981] CLJ (Rep) 101 FC (refd)
Legislation referred to:
Environmental Quality Act 1974, s. 34A
Rules of Court 2012, O. 53 r. 3(6), (7)
Rules of the High Court 1980, O. 53 rr. 1A, 2(4)
Counsel:
For the appellants - Malik Imtiaz Sarwar (Jesicca Ram Binwani, Theivanai Amarthalingam, M Sarguna Kumaari with him); M/s Jessica, Theiva & Kumari
For the 1st respondent - Suzana Atan (Shamsul Bolhassan with her) SFCs; AG's Chambers
For the 2nd respondent - Cecil W M Abraham (CS Nantha Balan, Sunil Abraham, Farah Shuhadah Razali with him); M/s Zul Rafique & Partners
[Appeal from High Court, Kuala Lumpur; Judicial Review No: R1-25-74-08]
Reported by Wan Sharif Ahmad
UNDANG-UNDANG JENAYAH: Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - Seksyen 6(2)(d) - Pelanggaran syarat-syarat perintah pengawasan - Sama ada tertuduh mengetahui dan memahami syarat-syarat ketika di bawah pengawasan - Sama ada air kencing tertuduh mengandungi dadah jenis Morphine - Sama ada rantaian keterangan terputus
PENAHANAN PENCEGAHAN: Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - Seksyen 6(2)(d) - Pelanggaran syarat-syarat perintah pengawasan - Sama ada tertuduh mengetahui dan memahami syarat-syarat ketika di bawah pengawasan - Sama ada air kencing tertuduh mengandungi dadah jenis Morphine - Sama ada rantaian keterangan terputus
PP lwn. TAN CHIN SHONG [2013] 1 SMC 123
MAHKAMAH MAJISTRET, TELUK INTAN
MOHD IZHAM ALI MJ
[KES TANGKAP NO: 83100/3-2012]
5 SEPTEMBER 2012
Tertuduh telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah s. 6(2)(d) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 ('Akta') di mana beliau telah didapati melanggar syarat-syarat pengawasan yang telah dikenakan di dalam perintah pengawasan di bawah s. 38B Akta. Adalah kes pihak pendakwaan bahawa tertuduh telah melanggar perintah pengawasan tersebut kerana didapati mengambil semula dadah berbahaya jenis Morphine. Di antara persoalan-persoalan yang dibangkitkan untuk pertimbangan di sini adalah: (i) sama ada tertuduh mengetahui dan memahami sebenar-benarnya syarat-syarat ketika beliau di bawah pengawasan; dan (ii) sama ada air kencing tertuduh mengandungi dadah jenis Morphine.
Diputuskan (melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri):
(1) Intipati-intipati yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan satu kes prima facie adalah: (i) tertuduh merupakan seorang yang diletakkan di bawah pengawasan; (ii) tertuduh telah mengambil semula dadah jenis Morphine; dan (iii) tertuduh telah melanggar syarat pengawasan. (perenggan 5)
(2) Tiada keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan terutamanya pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah tentang syarat-syarat pengawasan. Dengan itu, telah wujudnya kemungkinan bahawa tertuduh tidak mengetahui dan memahami tentang syarat-syarat pengawasan yang wajib dipatuhi. (perenggan 6)
(3) Tiada keterangan yang kukuh berkenaan siapa yang nampak tertuduh memasukkan air kencingnya ke dalam botol kencing yang dibekalkan. Tambahan, tiada keterangan yang mencukupi daripada saksi-saksi pendakwaan mengenai identiti sampel kencing serta botol kencing yang menyebabkan terputusnya rantaian keterangan. (perenggan 7)
(4) Berdasarkan penilaian maksimum, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie. Dengan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (perenggan 9)
Perundangan yang dirujuk:
Dangerous Drugs Act 1952, s. 38B
Kaunsel:
Bagi pihak pendakwaan - Johnson Sanasi; TPR
Bagi pihak tertuduh - S Muthuveeran; T/n S Muthu & Co
Dilaporkan oleh Kumitha Abd Majid